Ad

Selasa, 7 Oktober 2014

Punca BB King batal persembahan


Lagenda Blues berusia 89 tahun mula kurang sihat ketika pertunjukan di Chicago dan terdapat laporan tidak rasmi yang mengatakan beliau rebah di atas pentas.

Satu laporan ringkas yang dikeluarkan dipetik sebagai berkata: "B.B King telah dibuat penilaian oleh doktor dan dan disahkan menghidap dehidrasi serta mengalami keletihan, menyebabkan baki lapan persembahan siri jelajahnya sekarang dibatalkan."

April lepas, penonton bertindak meninggalkan persembahan BB King di St Louis, manakala ada juga yang mencemih persembahan veteran Blues itu. Penyanyi tersebut kemudiannya menerusi jurucakap membuat permohonan maaf: "Ia merupakan malam yang buruk bagi salah satu lagenda blues Amerika, BB King memohon maaf dan dengan rendah diri memohon peminat memahaminya."

B.B King atau nama sebenarnya Riley B. King merupakan pemuzik blues Amerika, penyanyi, pencipta lagu dan pemain gitar.

Pada 2011, majalah Rolling Stone meletakkan beliau di nombor enam dalam senarai '100 pemain gitar terbaik sepanjang zaman'. Manakala Gibson meletakkan beliau di tangga ke 17 dalam senarai '50 pemain gitar terbaik sepanjang zaman'.

Jumaat, 3 Oktober 2014

PETUA HALAU SEMUT 2


Ini satu lagi petua untuk halau semut. IsyaAllah mujarab. kalau nampak semut banyak dalam rumah, lakukan seperti yg pernah dipesan oleh rasullah s.a.w. kita ucaplah :
“Assalamualaikum rakyat Nabi Sulaiman a.s.. Ini rumahku..
Aku mahukan kebersihan..
Kamu adalah makhluk Allah s.w.t. yg sentiasa berzikir kepadaNya..
Jika kamu mahu membuat sarang untuk meneruskan hidup kamu, kamu hiduplah di luar rumahku yg berdekatan dengan rumahku agar kamu selamat..”
Jika kita tak suka semut2 berada di dalam rumah, kita jangan sembur ridsect/ sheildtox/bakar semut2 tu.
Kita tegur mereka dengan bagi Salam ke atas Nabi Sulaiman a.s.. sebab semut-semut ni adalah rakyat Nabi Sulaiman a.s..
Semut-semut
ni juga serangga yg sentiasa berzikir kepada Allah s.w.t. sepanjang masa..

PETUA HALAU SEMUT 1

Satu jenis serangga yang sering terdapat di mana-mana adalah semut.  Semut seperti yang kita tahu mudah tertarik ke tempat hidangan makanan terutama yang manis bergula. Silap cara menghalau semut ini kita pula yang digigit.

Petua Halau Semut

Letak sebilah pisau di bawah bekas atau balang gula yang dikerumuni semut tersebut. Biarkan beberapa minit, dan semut-semut akan kelihatan berkumpul di satu tempat. Maka lebih mudahlah untuk membuang semut-semut tadi.
Berikut merupakan beberapa lagi kaedah berkaitan petua halau semut…

Lindungi Balang Gula Daripada Semut

1. Ambil seutas tali atau kain perca. Lumurkan dengan minyak kelapa.  Kemudian ikat atau lilitkan kain atau tali yang telah dilumur dengan minyak tadi di sekeliling balang gula. Insya-Allah semut tidak akan merayap masuk ke dalam balang.
2. Letakkan sekurang-kurangya 3 biji bunga cengkih ke dalam bekas gula. Bunga cekih dikatakan mampu menghindari semut dan juga menambah bau harum pada gula yang disimpan.

Elak Semut Panjat Meja Hidang Makanan

Sediakan tali atau kain perca yang dilumur dengan minyak kelapa atau minyak masak.  Lilitkan tali atau kain tersebut pada setiap kaki meja, perabot atau yang seangkatan dengannya.

Khamis, 2 Oktober 2014

RESEPI KEK KEJU MELELEH



Bahan A

80gram tepung gandum*
20gram serbuk koko*
60gram tepung jagung*
1 sudu kecil baking powder*
1 sudu besar ovellet
100 gram gula halus
50gram air daripada peti sejuk
6 biji telur dan asingkan 2 biji putih telur. ( hanya perlukan 4 biji putih telur sahaja )
75 gram planta dicairkan

Cara menyediakan :

1. Satukan telur,gula dan ovellet.
2. Pukul dengan kelajuan yang tinggi hingga adunan gebu dan ringan.
3. Masukkan tepung gandum dan koko powder yang telah diayak.
3. Masukkan planta cair dan  air kemudian pukul sebentar.
4. Sediakan loyang 10" x 10" yang dilampik dengan kertas kalis minyak dan oleskan dengan planta atau             marjerin .
5. Panaskan oven dengan suhu 160 darjah dan boleh dibakar selama 40 minit.
6. Setelah masak biar sejuk dan belah dua kek tersebut.


Bahan B ( Keju Meleleh )

250 gram cream cheese
120 gram susu pekat manis
50 gram whip cream
( Jikalau tidak mahu terlalu pekat, sila tambah susu cair )

Cara Menyediakan

Satukan semua bahan dan pukul hingga sebati. Jika mahu tambah susu cair masukkan setelah adunan cheese selesai agar kita boleh mengagak kadar kepekatan yang sesuai.

Cara meletakkan cheese meleleh ialah dengan potong kek menjadi 2 bahagian. Letakkan cheese di lapisan pertama, kemudian letakkan selapis kek lagi dan tuangkan cheese melelah lagi. Saiz bergantung kepada anda. Jika mahu letak di tupperware potonglah kecil2. Jika ingin sebuku kek tidak perlulah di potong.

Sejukkan di dalam peti sejuk seketika dan sedia untuk dinikmati.

RESEPI DURIAN CREPE


Bahan-bahan untuk kulit :

- 20gm tpg gandum
- 20gm tepung ubi
- 10gm tpg kastard
- 10gm tpg jagung
- 1 biji telur
- 1 sk minyak masak
- 1 sb gula halus
- 40 ml susu cair
- 150 ml air
- pewarna kuning
- perisa durian


 Cara Membuat:


- masuk semua bahan dalam mangkuk..sebatikan dengan whisk dan tapis..kalau pekat just tmbh air sikit..
- boleh juga blender..cuma sedikit berbuih..kene hilangkan buih2 tu dulu untuk elakkan crepe akan berlubang    bila byk buih..
- ambil sesenduk kecil..tuang adunan dlm kuali yg dipegang..
- layangkan kuali agar adunan sekata..
- masak atas api kecil..
- masak hingga kering..angkt..tak perlu terbalikkan masa angkat tu




Bahan-bahan untuk filling :

- 150ML FRESH CREAM diputar hingga kental..(boleh mix sekali dgn 2 sb isi durian)
- isi durian..


Cara Membuat :


- letakkan fresh cream, letak isi durian ..dan letak lagi fresh cream di atasnya..
- lipat kiri ke kanan dan atas ke bawah..

- Siap untuk dihidang.

Rabu, 1 Oktober 2014

RESEPI RENDANG TOK

 Bahan2 :

600gm daging
1 paket kerisik
2 liter santan
1 sudu makan pes asam jawa
1 keping gula melaka (dalam 3 sudu makan)
Garam secukup rasa
Minyak masak secukupnya

Bahan kisar :
3 sudu makan ketumbar
2 sudu makan jintan manis
1 sudu makan jintan putih
1 sudu teh lada hitam
3 sudu besar cili giling
4 batang serai
4cm halia
3cm lengkuas
3 biji buah keras
2 biji bawang besar

Bahan tumis :

4 biji bawang merah - hiris
4 ulas bawang putih - hiris
3 cm kulit kayu manis
3 biji buah pelaga
4 kuntum bunga cengkih

Cara-cara :

Daging dipotong2, dibersihkan dan ditoskan. Perap daging bersama bahan kisar, air asam jawa, gula melaka, sedikit santan dan garam. Biar seketika dan ketepikan.

Tumiskan bawang merah, bawang putih, buah pelaga, kulit kayu manis dan bunga cengkih. Tumiskan sehingga naik bau. Masukkan daging yg telah diperap . Kacau sebati atau sehingga berasap.

Tuang baki santan. Kacau sehingga kuah tinggal separuh. Kemudian masukkan kerisik dan kacau lagi sehingga kering.


Masak dengan api perlahan sambil dikacau tanpa henti hingga kering. angkat dan sedia dihidangkan.

RESEPI MEE HAILAM

Bahan-Bahan:


600 gm mee kuning
100 gm isi ayam [hiris nipis]
100 gm udang
250 gm sawi hijau [potong kecil]
100 gm bunga kubis [hiris]
100 gm kobis [hiiris]
1 biji cili merah [mayang]
1 s/b lada hitam
3 s/b kicap pekat
3 s/b sos tomato
3 sudu besar minyak
1 cawan air
4 ulas bawang putih [ketuk]

Bahan hias :

3 batang daun sup (potong pendek)
3 batang daun bawang (potong pendek)
1 biji cili merah ( hiris)
garam (jika perlu)

Cara:

Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih sehingga wangi. Masukkan ayam dan air. Biarkan sehingga lembut. Bila ayam sudah masak, masukkan udang. Kacau rata.

Masukkan kicap, sos tomato, lada hitam dan mee kuning . Kacau rata. Masukkan bahan sayuran lain. Kacau rata.


Angkat dan masukkan dalam pinggan dan taburkan daun sup, daun bawang dan cili merah. Sedia dihidangkan.